Sunday, January 1

Mimpi Ngeri


مَّنِ اهْتَدَى فَإِنَّمَا يَهْتَدي لِنَفْسِهِ وَمَن ضَلَّ فَإِنَّمَا يَضِلُّ عَلَيْهَا وَلاَ تَزِرُ وَازِرَةٌ وِزْرَ أُخْرَى وَمَا كُنَّا مُعَذِّبِينَ حَتَّى نَبْعَثَ رَسُولاً
"Barang siapa yang berbuat sesuai dengan hidayah(Allah), maka sesungguhnya dia berbuat itu untuk (keselamatan) dirinya sendiri; dan barang siapa yang sesat maka sesungguhnya dia tersesat bagi (kerugian) dirinya sendiri. Dan seorang yang berdosa tidak dapat memikul dosa orang lain, dan Kami tidak akan mengazab sebelum Kami mengutus seorang rasul."
(Surah Al-Isra 17: Ayat 15)

Kisah Benar...

Pernahkah dikau bermimpi sehingga mimpi itu menghantui kehidupan seharian mu? Mimpi yang memberikan seribu makna disebaliknya disamping membuatkan kamu berfikir akan kebenaran-Nya ,membuatkan diri sentiasa berfikir dan mengimbas apakah yang perlu dilakukan bagi mengingati setiap msg yang disampaikan.

Semalam,aku mengalami satu mimpi yang mengerikan,membuatkan aku menagis dan berfikir adakah ini msg yang ingin di ingatkan kepadaku oleh Pencipta-Nya iaitu Allah s.w.t diatas dosa-dosa yang telah aku lakukan selama ini. Adakah ini satu pembalasan atau msg peringatan untuk aku membuat perubahan. Walaupun hanya MIMPI, namum impaknya begitu mendalam.

Kisahku bermula disini, sedang aku berbaring bersama-sama ahli keluarga tetiba seluruh tubuhku rasa gatal-gatal/miang (org penang kata). Macam terkena ulat bulu... entah tak semena-mena kuar ratusan ulat-ulat sampah diseluruh riang roma. Makin dibuang makin banyak..semakin tak keruan dibuatnya, bila disentuh makin sakit dan berjangkit ke seluruh anggota..ulat-ulat keluar dari pergelangan tangan dan jatuh ke lantai. Aku cuba sapukan ubat namun makin teruk dan aku gunakan pisau mengikis ulat dari lengan ku tetapi ulat-ulat itu tetap keluar dari liang roma ,ahli keluarga ku hanya mampu memandang kaku kearah ku...

Aku menangis sepuas hati kerana tiada perubahan . Aku berdoa agar diampunkan segala dosa dan kesilapan yang telah aku lakukan selama ini. Mungkin aku alpa dangan kesenangan hidup selama ini. Tetiba dengar azan subuh..aku terjaga dari tidur... Alhamdulillah, aku hanya bermimpi... Aku bersyukur kepada-Mu Ya Allah kerana masih memberikan kesempatan untuk aku menerima hidayah daripada-mu.

Apa yang dapat aku simpulkan :-
  1. Elakkan berpakaian lengan t-shirt pendek di depan lelaki bukan mahram. Kerana aurat wanita adalah seluruh tubuhnya melainkan muka dan tapak tangan.
  2. Aurat wanita ketika keluar rumah/tempat umum haruslah berpakaian yang menutupi seluruh tubuh dan memakai tudung yang menutupi dada /leher dan kepala.
  3. Larangan bertabarruj iaitu mempamirkan kecantikan dan daya tarik tubuh badan kepada lelaki bukan mahramnya.
  4. Menutup aurat juga hendaklah dengan iman dan taqwa iaitu mengharapkan keredhaan Allah semata-mata ,bukan atas dasar hak asasi atau rutin harian -sumber my khalifah.com
  • Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak darinya.” [TMQ An-Nur (24):31]

With LoVe (";)

0 meninggalkan jejak (";):

Selamat datang ke teratak K.A.M.I ~ Asmieyra, Faizul & Arman

Love Hearts at WiddlyTinks.com
Mum..now i'm....

Birthday Tickers from WiddlyTinks.com
Daisypath Anniversary tickers